My 'Chenta Hati'...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 29, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Salam All...

Jeng..jeng..jeng... another contest! Simpan lama da contest ni.. cuma takde masa nk load... so, hari ni nk load la sume gambar utk contest tu... Contest kali ni adalah ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL anjuran Smileykidz Photography. Contest bermula dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm. Hadiah yang ditawarkn cukuppppp... lumayan! Suke sgt hadiah camni...Especially bgi yg tak ckp budget nk amik gmbr ank.. Tak salah kita mencuba nasib kan?... so, kengkawan, jika anda suke 'memosingkan' anak anda, apakata kita sama2 turut serta disamping menambah kenalan baru & mempromosikan SMILEYKIDZ PHOTOGRAPHY ni.... (***boleh le tempah photographer utk 2nd bday Zara next year!)....wink.. wink...Sila klik link/gambar di bawah utk join :



Hadiah yang ditawarkan adalah:
Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

****************** *************************
Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

((((Menarik bukan? So apa tunggu lagi??? Sertai online contest ini sekarang! :)))

Online contest ini di buka dari tarikh: 15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.


Cara2 penyertaan?
1) Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda - SUDAH

2) Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - SUDAH

3) Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda - SUDAH

4) Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. - SUDAH

5) Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. - SUDAH

6) Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
AMARAN: no link back will be disqualified. - SUDAH

7) Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. - SUDAH


***Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

-Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
-Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
-Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
-Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
-Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
-Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
-Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
-SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
-SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
-Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
**********************************************************************************
Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.
Ceria kan senyuman tu?

SO apa tunggu lagi??
Jangan tunggu lama lama .. nanti lama lama.. langsung terlupa buat entri .....

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama Peserta: Puteri Zara Sofea Bt Muhamad Rizal
Umur : 1 Tahun 7 Bulan

Gambar yang menjadi pilihan mama adalah :

Gambar ini telah penjadi penghias dinding tangga mama. Adaptasi dari frame ikea kt umah yg mempamerkan pelbagai riak air muka Zara.

Ini antara gambar yg plg ok... Ada eye contact gitu...tidak Zara ni tak tau apa itu 'lensa kamera'.

Ini gambor Zara yg suke benor merenyih... Tak tau mama & papa dah jadi 'babun' kat belakang.


Ada cerita kenapa Zara sentilkan lidah mcm tu. Act time ni Zara kena HFMD (Hand Foot & Mounth Disease) peringkat awal. Tpi dia masih mampu ketawa. Pada dia 'Hidup Mestilah Happy'...

Gembira bila dpt 'toys' papa... lingkup la henset papa ko tu Zara... dah le burok!


Mengepak2 ayam.... tak tau la mana dia bljr ngepak ayam.. dari Jalil hamid kut..

Ini antara yang plg sweet dlm simpanan mama.... Masa ni, Zara sungguh happy. Dia siap nyanyi2 & goyang2 kaki lagi....lalalala....



Pihak Penganjur & juri berhak untuk memilih mana2 gambar yg berkenan di hati. Sebab mama tak tau nk pilih yg mana kerana kebanyakan gmbar Zara adalah jenis yg SWEET/HAPPY & CERIA....Aitcheh... pasan toi mma dier! :-D

Sekian... terima kasih..

8 comments:

aLoNg@Na said...

GO zara GO....
GUD LUCK dr auntyNa to you..

@nannoor said...

Salam Ziarah dari SMIELYKIDZ.

Terima kasih kerana menyertai ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Entry anda telah di-review.

Good Luck! :)

~nannoor
SMILEYKIDZ photography

@nannoor said...

SMILEYKIDZ dah review lah. hehehe
Tapi takpe, review 4-5x pun x kisahhh.. hihihi

BabyFea said...

Smileykidz... takpo.. review dgn lebih kerap sikit.. mudah2an ada la lucknyer... ekekeke

SuhailaHanafi said...

cantik la gambar2 zara ni.. pakai kamera pe kak yus? cam dslr je..

Papa @ Mama Zara Sofea said...

ini eh..kamera ape ntah nape.. keje aku load ajer... pehtu ngedit.. ekekek.... pc aku ni berat dah.. mcm2 software & gambr aku load, install...huhuhu...

bile nk wat housekeeping ni?

@nannoor said...

Salam

Tahniah!! Si comel anda telah terpilih untuk Top20.

Sila lawati Smileykidz untuk mendapatkan cara2 untuk redeem hadiah anda.

tq!

Papa @ Mama Zara Sofea said...

wah... bestnyer... nk reedem.. nak redeem.. :D