My 'Chenta Hati'...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, August 8, 2008

08-08-08 : Zara Sofea 5 bulan







Salam semua......

8 Ogos 2008 atau 08-08-2008 atau 08-08-08
Cantik sungguh nombornya... ramai yg menunggu tarikh ini... ada yg kata tarikh keramat.. apa pun persepsi.. itu adalah hak masing2. yang penting niat hati kena betul.

08-08-08
-Genap lah umur Puteri Zara Sofea 5 Bulan. Alhamdulillah, sepanjang 5 bulan ini, kehadiran anak ini makin membuatkan kami bersyukur dengan kebesaran Allah. Proses kejadian manusia dapat kami selami bersama. Melihat sendiri pembesaran anak di depan mata, sungguh indah dan seronok sekali.

Zara Sofea sekarang makin semangat. Cuma awal bulan aritu, susut sikit, org kata sbb beralih bulan, dlm buku pon ckp mcm tu. Yang penting anak Papa & Mama sihat, cergas dan pintar. Now Zara Sofea dah leh meniarap, tgh berusaha nk merangkak.. seronok tgk dia bersemangat nk lakukan step dia membesar.

08-08-08
-Hari ini kami nak balik kampung. Balik Sungai Petani rumah Tok Wi & Nek Ma. Last balik aritu pun lps bis pantang. Lama dah tak blk jenguk2 sedara2 kat sana. Bulan lepas dah blk kampung kat Pahang jumpa Nek Wan & Nek Mail.

08-08-08
Bermula lah Sukan Olimpik.... Sukan utk semua manusia sejagat di dunia ini. Bertanding atas dasar perpaduan dan persefahaman semua bangsa. Matlamat untuk menang EMAS, gold medal. huhu... Hope Malaysia boleh dpt emas kali ini. "Malaysia Boleh..!!!"

08-08-08
-Tarikh ni, ramai lah kawan2 yg melangsungkan perkahwinan. Ramai lah akan akad nikah hari ini. Tahniah di ucapkan pada semua yang akan melangsungkan hari bahagia mereka. Semoga semua berjalan lancar dan semoga berbahagia hingga akhir hayat.. cucu.. cuit. selamanya.

08-08-08
-akan muncul pula 26 Ogos 2008.... - Happy Birthday in advance untuk Mama.... We love you.
-26 ogos 2008 - juga tarikh penting di Permatang Pauh.

Jumpa lagi...

2 comments:

NaTRaSHa said...

Zara comey, mana rambut?? hihihihii

Papa @ Mama Zara Sofea said...

rambut dia segan sikit nk tumbuh... huhu. tu yg lambat cket nk lebat