My 'Chenta Hati'...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 11, 2009

***BIRTHDAY EVENT - corat-coret***

Pada hari Ahad 8 Mac 2009 yang lalu selepas Asar, berlangsung lah satu Majlis Ulang Tahun Pertama Zara & Ulang Tahun ke-30 Papa Zara. Mama sengaja buat awal sehari dari tarikh asal. Kalau nk di ikutkan, Bday Zara jatuh pada 9 Mac 2009 bersamaan dengan tarikh Maulidur Rasul. Tetapi untuk menghormati hari tersebut, mama tak buat parti pd hari tersbut. Urusan membuat pulut kuning diserahkan kepada Nek Ma di Kedah untuk disedekahkan kepada budak. Besday papa pulak jatuh pada hari ini 11 Mac 2009. "HAPPY BIRTHDAY PAPA"... Malam ni mama belanja Kenny Rodgers ek.. ahaks.. Ada citer ni.. Malam tadi, mama sggp tahan mata nk ucap beday kat papa.. N tepat jam astro 00.01 mama wish papa... terkejut papa eh... tp mulut menguntum senyum dalam ke mengantuk kan...pehtu terus di buai mimpi... Besday Zara beza 2 hari dari besday Papa... Jadi langsungkan lah serentak...10 mac tak boleh.. papa kijer...

Berbalik kepada cerita 8 Mac, Tema Majlis Hari Jadi adalah "Princess" sesuai dengan nama si kecik iaitu "Puteri Zara Sofea"... Tema ini di dapati selepas mama terjumpa party set di Alamanda yang bertemakan "Enchanted Tales" yg terdiri drpd barisan puteri2 dongeng spt cinderella, puteri jasmin, snow white dll... Mama pun terus memborong Bday Hat, ballon, birthday banner dll keperluan utk besday party. Kek pula mama tempah special dari Secret Recipe perisa chocolate indulgence (yummy.... ), topping pula mama tempah special design sendiri yg dpt dari internet... ahaks...ciplak.. asalkan ada gmbr princess Cinderella... Mula2 gat nk letak gmbr Zara & papa, tp rasa mcm kesian pulak sbb nnt potong & makan gmbr diorg pulak.. rasa pelik kan.. baju Zara pakai masa cukur jambul dulu... muat lagi..

Menu utama adalah nasi ayam madu. Dan makanan sampingan lain spt dadih, kacang, kopok, nugget, koktail, fries, dll makanan utk party...Persiapan telah pon dibuat 2 minggu seblm bday.. Org yg plg bz tentulah mama... papa wat derk je sbb majlis dia kan... tp tu lah.. sbg ibu & isteri mesti nk beri yg terbaik utk org tersyg.. itu je lah yg termampu mama berikan... penat woo..

Majlis start selepas Asar, namun masih tidak nampk kelibat org luar yg dtg.. rasa frust jugak mula2 tu.. tetapi mama dpt msg dri kak wani & kak anim kata nk dtg.. jd mama suh sedara yg lain tunggu diorg utk meriahkan majlis... Alhamdulillah sampi juga mereka.. serentak dgn itu, Majlis pun bermula... Wah... happy sgt... Impian termakbul.. mama tak pernah celebrate mcm tu utk diri sndri... tp berjaya lakukan utk kuarga sendiri....Meriah...

Terima kasih kepada semua yang sama-sama telah menjayakan majlis tersebut..
(** to My Mak Mertua & Pak Mertua - yg menyediakan nasi ayam madu dll - time kasih byk2)
(**to MY Makcik & Pakcik - yg menyumbangkan puding & piuk besor - tqvm)
(** to para hadirin - terima kasih di atas sumbangan hadiah & sudi meriahkan majlis)

Mohon maaf jua andai ada sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung....

LOVE YOU ALL..

No comments: