My 'Chenta Hati'...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, December 3, 2010

Hapdet...hapdet!

Salam,
Wow... sudah bape bulan mama tak hapdet blog nih? Maklumlah sejak ada fesbuk, mmg malas nk berblogger nih.. sbb mama ni jenis yg kalo ada 1, satu je.. mls nk 2 @ 3... kalo ikut kronologi social network nih, mula2 join FRIENDSTER, then muncul lak BLOGGER.. sekarang ni glemer lak FACEBOOK. Sampai budak skolah yg tak reti mender pun sibuk je nk add as friends la... act mama da byk kali nk update blog ni tp agak kesuntukan masa... Jadi hari ni mama update gak.. mana la nak tau kut2 korang teringin gak nk baca blog mama yg tak glemer mcm blog korang tu. Lgpun ada sesetgh agensi yg blok fesbuk, jdi segala perkembgn tak dpt di ikuti....ok.. kita ikuti cerita selanjutnya.....



"Selamat Hari Raya Aidil Adha 2010" drpd kami bertiga. Da lepas da.. tp nk tunjuk gak kt korang baju raya haji kitorg yg da dibeli siap2 masa Hari raya posa 2010. ekeke...Tema hardpink.


Ini pulak, wajah bapa kepada Puteri Zara Sofea yang terkini. Mama mmg suke tgk papa pakai baju Melayu kaler itam.. nampak ensem di mata mama. Baju ni pun da almost 10 years.. eh ye ke papa?



Ini gambar terbaru Zara semasa menghadiri Majlis Konvokesyen Taska JPM 2010. Kena upah coklat cadburry baru nk duk diam.. Pehtu beriaya2 nak join kengkawan yg nyanyi atas pentas.

Perkembangan terkini beliau :

1) Da pandai kenal warna - hijau, biru, yellow, pink, hitam, putih, oren, merah.
2) Da hafal no yang berbelas-belas..
3) Dalam proses mengenal huruf ABC....tp kalo jumpe perkataan/ buku, dia akan spelling & sebut dlm bahasa dia sendiri...
4) Da pandai pakai baju & seluar sendiri... so, tugas mama & papa just mandi & lap dia je.. lelain dia buat sndri tanpa di suruh. Kalo kita watkan dia marah. Tetap nk buat sendiri.
5) Sudah boleh diharap & agak memahami keadaan. - Contoh : baru2 ni semasa sdg enak mkn nasi dpn tv, tiba2 pinggang mama cramp. Mama terkerut2 dahi sbb rasa cam nk pitam dah. Zara tgk mama then kata "mama sakit ke? Sian mama". Gaya tu mcm nak tolong mama je... seb bek ok time tu.. tidak mesti Zara gelabah.
6) Da pandai kayuh basikal laju2... habis pintu & sofa umah berdentum di langgar dek Zara.
7) Nak mandi hujan. Mandi hujan di sini bukan mandi hujan air hujan luar dari awan tu yer cik puan2 sekelian... Ini mandi hujan shower. Zara tak kata mandi shower tp mandi hujan!
8) She is going to be kakak soon. Da start pggl kakak & dia accept. Baby dlm perut dia pggl 'adik'.







Ini pulak, sepupu Zara. Nama dia Nadeem Elyas. Umi & Ayah dia tunggu 6 tahun baru dapat dia... So, ini la first time mama dpt title Mak Ngah.


Ini lak wajah umi & ayah dia... tak sangka la diorg.. da dlam perut 4 bulan baru sedor ada baby lam perut.. kena la marah dgn misi.




p/s: sesetengah org suke merahsiakan kehamilan diorg. Especialy sedara belah abahku. Tetau je da beranak. Kengkawan pun ada gak yg tak bitau...sehinggalah nk beranak baru tau.... tp ada sesetghnya tu pulak, semua benda pun nak bitau.. dari start tau smpai la nk beranak... Mama jenis yg sedang2 je.. tak kecoh, tak sembunyi... lagipun benda baik.. kita minta supaya kengkawan semua mendoakan yg baik2 sahaja. So, utk menghormati kengkawan mama yg maybe da lama nk tgk mama debab balik (utk ko la ni Azda, jeles sokmo tgk aku slim tau!.. ekeke...)... skrg mama sedang melalui trimester 1. Mama sedang mengawal rasa2 yg tdk enak.. kalo boleh mama nk jadi ibu yg plg CUN & ANGGUN walaupun pregnant. So, nntikan kepenuhan baju2 di dalam almari baju. Tabiat pelik sejak pegnen nih, pantang tgk kedai kain atau org jual kain.. keje soping je... Kehamilan pada kali ini mmg di rancang oleh kami & terserah kepada Allah. Moga semuanya berjalan lancar. Cuma kalo ikut plan, kami nak baby ni lahir pada bulan 8 sama mcm mama. Zara da lahir bulan 3 sama mcm papa. So, kali ni bagi la mama celebrate bsday dgn adik pulak. So, kengkawan, doakan supaya kesihatan mama & baby baik2 sahaja. TQ olss..



Thursday, August 26, 2010

26-Aug-2010 Selamat Ulangtahun kelahiran Mama 'Puteri' yg ke 27 tahun

Allah selamatkan Kamu.....
Allah selamatkan Kamu.....
Allah selamatkan Kamu..... mama Puteri....
Allah selamatkan mama.....
-dedikasi ucapan selamat Ikhlas daripada Papa & Pia

Semoga mama sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t, dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa, semoga rezeki keluarga kita bertambah... kami sayang Mama... emuahhh

Monday, August 16, 2010

GA- Rumahku Syurgaku

Salam,
Jom Join GIVEAWAY- RUMAHKU SYURGAKU anjuran My Small World aka Ummi Dania Yasmine. Berikut merupakan pesanan penaja.


-PESANAN PENAJA -
---------------------------------------------------------------------------------------------------
STICKY POST -N3 TERBARU DI BAWAH
I nak buat GA ketiga i iaitu Rumahku Syurgaku sempena i berpindah ke rumah baru.
Bermula 4 Ogos 2010 - 31 Ogos 2010
Simple je nak menyertainya. Jom tengok apa syarat syaratnyer :-

1. Sambung ayat ni Rumahku Syurgaku kerana ...................(tidak melebihi 20 patah perkataan ya.....kalau lebih juri akan reject)
- Rumahku Syurgaku kerana itulah sumber inspirasiku, disitulah ideaku bersatu dan dialah kebanggaanku.
(***dedicated khas utk pondok kecilku. 12 patah perkataan ajer!)

2. Terbuka kepada mereka yang mempunyai blog. - saya ada 3 blog.. giler kuase mak..

3. Link kan http//ezna-daniayasmine.blogspot.com di dalam N3 anda. -sudah

4. Upload gambar di atas di dalam post anda. - sudah. side banner pun dah.

5. Tinggalkan komen di N3 ini. Sertakan :-
Nama : Link N3 : Email : - sudah.. bole cek yer kalo tak complete.

6. Pemenang berdasarkan sambungan ayat yang paling menarik. - :-D

HADIAH
Hadiahnya??? dah tentu dekorasi rumah dari British Home. Perfect gift untuk rumah anda. Gambar i akan upload kemudian.

1 x pemenang pertama akan memenangi dekorasi rumah dari British Home

1 x pemenang kedua akan memenangi dekorasi rumah dari British Home


(Pemenang pertama akan mendapat dekorasi Welcome)
(Pemenang kedua akan mendapat tempat gantung kunci lil chef)


2 x pemenang saguhati akan memenangi cenderahati dari British Home


(Pemenang saguhati akan menerima beg membeli belah British Home)

1 x pemenang pertama yang menghantar penyertaan akan memenangi cenderamata dari British Home

(Pemenang pertama yang menghantar penyertaan akan menerima beg membeli belah saiz besar)


So jom join. Apa tunggu lagi??? Ada 5 pemenang keseluruhan barangan dari British Home mungkin menjadi milik anda.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 25, 2010

25-05-2010SELAMAT ULANGTAHUN KE-3

Tarikh 25-05-2010:
Genaplah usia perkahwinan kami selama 3 tahun. sungguh indah semua waktu yg dinikmati & direntasi bersama-sama, apatah lagi dengan kehadiran Puteri tersayang.. dah keluarga kedua-dua belah pihak.....

samb;'' kemudian...

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu...

Untuk apakah gambar ini ditayangkan???

Introduction :
kpd semua ibu2, ("Ya Allah, wanita yg membaca post ini adalah seorg ibu yg cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dgn rezeki yg berkat, Kau rahmatilah setiap langkahnya dlm mencari rezeki keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya. Kau kuatkanlah imannya. Kau peliharakanlah dia dari fitnah..... Amin...")
-SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.-
Konspirasi pasal Hari Ibu :
Walaupun telinga mama ni mendengar byk cerita yg kurang enak pasal smbutan Hari Ibu ni berikutan kunun2nya adat sambutan ni berasal dari negara omputih la.. mungkin ada persamaan dgn mother2 ke ape ke tu la kan... yg tau nyer tak dibenarkan utk celebrate....
So, dikesemptn ini, mama nk bagi pendpt sikit... sbgai seorang ibu, mmg kami ni berharap sgt org2 disekeliling kami menghargai ibu.... apa salahnya raikan hari ibu utk kami... kami tak minta banglo besar, kereta mewah, makan smpai pecah perut dsbg... cuma kdg2 kami minta sedikit perhatian daripada anak2 & suami utk meraikan pengorbanan ibu....apa yg menjadi pertelingkahan di luar sana adalah cara sambutan.... Islam tidak melarang umatnya meraikan atau bersuka ria selagi tidak melanggar batas2 agama.... mmg ada sesetgh pndpt mengatakan, kenapa perlu 1 hari utk Hari Ibu??? bukankah lebih baik tiap2 hari pun Hari Ibu.... Nah... di sini saya nk tanya kaum2 ibu @ anak2 diluar sana.... sape yg tiap2 hari & tiap masa sentiasa ingat, hargai ibu & raikan ibu SETIAP MASA ??? saya gerenti tak ramai yg 24 jam duk sblh ibu kan???.... tepuk dada tanya selera... kalo tiada satu hari yg istimewa ini bermakna, tiap2 hari pun keadaan biasa ja...pergi keje, blk keje, masak, layan ank, kemas umah dsbg... dan sekiranya tiap2 hari pun istimewa, sejauh manakah keistimewaan yg ibu kecapi????
So, kepada ank2 diluar sana & insan2 yg belum bergelar ibu atau tak mgkn jadi ibu (ni utk bapak2 la), anda mgkn tidak memahami situasi dan naluri seorg ibu...kadang2 dengan meluangkan masa & sedikit perhatian / hadiah (ikut budget) mampu membuat si ibu rasa dihargai....actually wish je pun da memberi cukup makna buat kami para2 ibu...
kepada yg tak setuju dgn pendapat saya, terpulang pada diri masing2... setiap org punya alasan tersendri... bagi saya, suami & ank2 perlu ingat Hari Ibu... (***bukan senang nk ngandungkan ank abang & besarkan anak2 mama)... salah didikan... nama ibu yg naik...cuma ingat satu je... nama ibu korang akan bawa ke mati....
Apa kaitan cerita ini dgn gambar diatas??
Hehehe... ini mmg tak dirancang & x minta pun....cuma ada la ngomel2 sikit sb jam hilang... ritu beli da jam kaler merah jambu... buh tang mana tak tau... biasa la, kalo beli dgn duit sndri, hilang pun tak terasa sgt...tp mata ni asik je melirik manja ke tgn... tp tgk tgn jer lah... jam takdo...
Papa pun smlm dgn berbesar hati tlg sponsor jam utk mama... caiyok2... mcm tak caya pulak.. da tu papa plak kta, amik je mana mama suke... mama suh papa tampar pipi mama... betui ke nih... dapat la sedebusss!!!... ok...ok... percaya! percaya!.... dlm kepala mama takde pun design yg berkenan... cuma mama dgn merendah diri, kalo bole nk jam yg comel, seswai utk formal & unformal & plg pntg mesti ada tarikh... sbb mama suka lupa tarikh... klebek punya klebek akhirnya papa pilihkn utk mama... so, dpt la jam yg comel itu sempena HARI IBU..TENKIU.... sayang papa..
Ada lagi..
Ada lagi.... yg ni da lama da papa ushar... tpi tak memenuhi kehendak dia... so, smlm terlerai sudah pembelian 1 unit Bio Aura Hijrah Alkaline Water Filter. Bukan harga yg menjadi persoalan... tetapi bahan /sumber utk menghasilkan penapis tersebut. Yang penting mendapat sijil pengiktirafan dari JAKIM. Thanks to papa....
Coming Soon....
Hehehe.... yg ni kalo tak silap dengar smlm cam papa ajak g kedai singer.. katanya utk hadiah 2nd anniversary.... eh... betul ke ni? mama minta yg biasa tu je... tapi papa kta amik lektrik la... eh....eh... betul ke nih? lagi tak percaya nih.... owh... mlm ni kena layan & masak sedap2 utk papa....eh... eh... tak caya lagi nih.... betul ke papa ni??..... (***kenapa tetiba papa bermurah hati ek???).... takpe la.. rezeki dia kut... mama terima dgn hati terbuka... Thanks again!!!!! Sayang papa.... senyum meleret da nih... :-)

Tuesday, April 27, 2010

Peringatan Dari PDRM


Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba ,
991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

Friday, April 23, 2010

Lawatan ke Beryl's Chocolate Factory

Salam,

Lama betul tak update sejak aktif ber 'FB' nih.. sememangnya daku bukanlah seorag yg suke cerita hal peribadi apatah lagi menulis diari... tapi2 kadang2 tu syok juga menulis aktiviti... tapi takde la excited smpi update setiap masa... so, kalo tetiba ada & takde tu pepaham la yer.... eden kemalsan teramat lah tu...

So, kali ni nk cerita pasal Lawatan ke Kilang Cokelat Beryl's di Seri Kembangan, Selangor. Lawatan ni dianjurkan oleh Kelab Puspanita Jbtn Perangkaan... tarikh da lupa.. tapi rasa2nya bulan Mac ritu... kami pergi ber 5... sungguh havoc sbb nk memborong cokelat....

Sampai kt kilang tu, hidung kami telah dihidangkn dgn bauan semerbak... bau cokelat... da la sampai tghri... mmg berkeroncong perut seiring dgn angin yg membawa bauan koko itu... sungguh tak sabar nk makan...(***mcm tak pernah mkn cokelat!)... kami di bawa melihat tayangan video sejarah cokelat... lepas tu kami di bawa pula melihat proses2 pembuatan cokelat... cemane dia wat cokelat putih, cokelat hitam & cemane cokelat tu diadun dgn pelbagai perisa.... sungguh mengujakan... tapi yg tak best nyer ' NO CAMERA PLEASE'.... aisehmen... mmg terkilan rasa hati... sepanjang laluan tu ada replika cokelat yg meleleh.. mmg best kalo dpt amik gmbr... tpi tu la kan.... terpaksa pandang puas2 je sbg tanda kenangan di kepalaku ini...

lepas melawat, sesi serbu kedai cokelat... peserta rombongan dengan rakusnya (termasuk mama) rembat coklat satu persatu... sepeket demi sepeket... kini tiba masanya nk kira jumlah.. alamak aih.. pecah rekod aku beli cokelat seratus lebih.... mlm ni kita dinner cokelat ajer ok.... so, far mmg best la... best sbb dpt berjalan... kalo ajak papa belum tentu mama sampai sini...




ni mama edit pakai taaz mekap.....



mama da gigit sikit cokelat tu....posing dlu sblm habis....



Shirley yg sungguh baik hati layan aku makan ais krim...



depan kedai cokelat......



beg kecik je... tapi satus lebih....


Wednesday, March 10, 2010

Happy 2nd Birthday Puteri Zara Sofea

Salam,

Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Zara Sofea,
Happy Birthday To You.....
And Mama love you too..........

PERKEMBANGAN ZARA
Ok.. hari ni genap usia Zara 2 Tahun (9 mac 2010 - mama lambt load this post! karang ayat awal2 smlm). Perkembangan terbaru my doter. Dia da semakin chubby, semakin cerdik & memahami. Di antara kecerdikan Zara yg plg terserlah adalah, membaca doa makan dengan sungguh lancar. Start dari "Bismillah......" di ikuti "Allah humma barik lana..........." sampai "Amin." Alhamdulillah.... tak slek sikit pun.... kira no 1-10 tanpa sebarang kesilapan... well done my dear... Da pandai btau "Mama, nak tencing..." atau "Mama, nak beyak".... Tapi bila mama bawa ke toilet, dia bukan wee wee/poo poo.... tapi awal2 lagi dia da buang lam pampers... hadoiii la... Zara juga da pandai pakai seluar sendiri... cuma lepas pakai seluar baru kalut nk pakai pampers.... ekeke... takpe.. mama rasa mgkn Zara tgh bljr pakai sluar tanpa pampers...

BIRTHDAY PARTY
Birthday Party Zara telah diadakan 2 hari awal iaitu pada 7 mac 2010 hari Ahad. Kalo ikut kalendar Islam, Zara da cukup umur 2T (2 hari sblm Maulidur Rasul). Party kali ni tidak dirancang... mama main tempah jer...Kalo nk diikutkan, dari 1st besday lagi nk buat camtu... tpi atas nasiht papa, mama akur utk adakan di rumah. Tetapi tidak pada kali ini... jeng..jeng..jeng... Party kali ini diadakan di Restoran KFC (berdekatan Tol Sg.Besi). Tema party adalah "Ocean World".. Warna tema pilihan kami adalah white / biru turqoise..... Majlis berlangsung bermula 12.00 tghri - 3 ptg....deposit sudah diberi 1 week b4 majlis. Kali ni mama betul2 rasa cuci tangan... maunyer tak... from A-Z semua staf kfc da organize kan... mama just bayor je... tapi mmg berbaloi2....thumbs up to kfc staff (Fida & Asrul) diatas layanan yg sungguh baik...

Jemputan melebihi 20 org dan kanak2 19 org.... kalo ikut perancangan, byk kad jemputan yg diedar, tapi yg dapat hadir hanya 25 adults & 19 kids... walaupun tak ramai, tapi majlis tetap meriah dengan gelak tawa & jemputan yg sporting2 belaka.... Many thanx to Nenek ma, tok wi, Mak Jang, Mak Ndak, maksu Anis, Tok Cik, Tok Tok, maksu Uzma, Dik nor, Mat Arip, Kak Cha & family, kak Anne & family, Badix & family, Rafiq & Family, & lastly Pak Lang merangkap jurufoto majlis. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa & meriuh-rendahkan majlis.

MAJLIS BERMULA
Persiapan sudah siap... tapi besday girl masih belum sampai.... Akhinya pada 12.10 pm, sampai jua kami... melihat sahaja deretan ballon di tangga, sudah cukup membuatkan hati mama berdebar2... Mama tertanya2, mcm mana lah agaknyer majlis tu nnt.. Harap2 berbaloi dgn wang yg dikeluarkan... Mama budget bawah 1k.... tapi tak sangkan plak cost sume tak sampai 500.... mgkn sbb tak ramai org kut.... tapi segala persiapan semua cukup. Dari bab makan, kek, pengacara majlis, organizer, gift, hadiah, cake, chicky sume complete... pada kami tiada apa2 kekurangan.... mama berpuas hati. Cuma mama rasa kalo lagi ramai jemputan yg dpt hadir, tentu majlis lagi HAVOC dan gempaq!.....

Kalo ikut agenda majlis, mula2 skali makan2... pehtu game utk kanak2 & dewasa... pehtu potong kek & chicky appearance (ramai ternanti2...) Sementara menunggu jemputan yg lain, kami makan2 dlu...kemudian layan si ank kecil bermain... boleh plak majlis tu sblh playground je...apa lagi... ligat la Besday Girl lambung2 belon & main papan longsor..... Kalo tgk pada rambut Zara, mama telah tambah 2 'extension' yg tlh di dye warna perang... hahaha... mama teringin nk tgk syg mama berambut panjang... nk tggu lmbt sgt... jadi mama buh le tocang tipu.. ekeke... nampak mcm da besor la pulak...baju dia plak beli last minit di Anakku...pehtu nampak gedeboih plak... jadi mama amik inisiatif sndri, buh reben pengikat blkg... so, nmpk lebih manis gitu...mama & papa plak sedondon bli baju kaler turqoise.. persiapan sume mama yg sediakan... sggp aku g soping sorang2 (smbl kena mrh dgn papa) di alamanda... ada la kut 10 kali mama berulang-alik ke parkson, carefour, butik nichii, butik gulyn semata2 nk cari baju yg memuaskan hati.. akhirnya nichii jua menjadi pilihan sbb mama rasa cam nmpk muder & slim gitu... ekeke....tak cayer? tgk le gambar gueh...ekekek

MAJLIS BERLANGSUNG
Majlis bermula dgn acara makan2... lepas perut kenyang baru leh wat bermcm aktiviti... Ada 3 game yg disediakan. Game pertama, kotak beracun a.k.a bola api.... 2 pemenang terakhir dpt hadiah... hadiah juga telah disediakan oleh pihak kfc... penuh 1 barrel beb! Pada mama, kanak2 yg hadir pada masa tu mmg bertuah sbb diorg dpt hadiah byk.. budak2 tak ramai kan.. jadi hadiah yg diorg dpt mmg byk..Masuk game ke -2 ialah musical chair... tapi kali ni tak pkai kerusi... mak/pak berpsgn dgn budak2... yg mana bwa baby, leh dukung... bila lagu stop, diorg kena pijak point bernombor. Yg mana tak dpt, terkluar la... ****time ni mmg riuh rendah dgn gelak ketawa... Time kasih pada Nenek Ma a.k.a MakTok yg sudi main game nih....

Game yg ke-3 plak ialah mencari harta karun.... Fida suh cari 3 benda iaitu sekeping duit Rm50, tali pinggang & pampers.... mmg havoc giler time nih... kanak2 sume berlumba2 minta brg dari ma/pa.... yg lucu pun ada... ada yg bawa duit rm10 sbyk 5 keping... ada yg jatuh tersungkur.... mcm2 gelagat... tpi mmg best lah.... korang sume mmg sporting habis...terharu sesgt di atas sambutan korang....****time ni kalo tgh basuh pggn, mesti tegelak sensorang... tekenang gelagat kank2 yg mencuit hati....

POTONG KEK
Habis main game tibalah acara potong kek.... Kalo korang perasa ada 3 jenis kek atas meja... Mmg ada 3 sbb we ol celebrate 3 org nyer besday... yg pertama Puteri Zara Sofea (9 mac), ke 2 Papa Zara ( 11 mac) & ke 3 Pak Lang Zara (29 mac)..hambik ko.. 3 in 1 ... ekekek... Cake zara ditaja oleh KFC, cake papa plak homemade from e-car cupcakes & cake pak lang plak from kedai kek presint 14....

CHICKY APPEARANCE
Chicky tiba bila semua kek sudah diatur .... tapi yg harunya, bila chicky muncul je.... Zara meraung sekuat hati... menjerit2 dia..... sambil nangis dia sebut "Mama, tatutttt. Jom Balik...." Tapi mama & papa pujuk dia... tapi x mkn pujuk plak... sudah bermcm cara ku buat... namun Zara tetap memeluk erat mama... sampai terketar2 1 badan..... sudahnyer, mmg gmbr Zara dgn chicky takde langsung.... hadoi la.. mama jer la posing dgn chicky... Jemputan yg lain?????? hurm.... bagaikan terkena rasukan hantu punyalah excited tgk Chicky.... Alhamdulillah wpun dlm pamplet kata chicky muncul utk tempoh 10 minit, tapi mama rasa kat stgh jam chicky melyn tetamu.... Puas hati.. mmg best... thanx chicky!!!

Kemudian majlis pun bersurai.... so, ngkorang yg tak leh imagine apa mama citer kt atas, u ol lyn gambar jer lah yer....


Zara yg tgh mencalit cupcakes sesame street....

My Family yg snggup dtg dari Kedah... thnx u so much!



Dua makcik ni sibuk nk main.....

game ke-2........ ala2 musical chair gitu.. ( my mom kt depan tu.... & me yg tgh berebut tmpt)
Game ke-3..... mencari harta karun...
Mak Jang Zara yg tgh tunjuk tali pgg... tali pgg merupakan salah satu harta karun yg perlu dicari...

3 jenis kek.... sesame & the gang cupcakes (for Papa), kek from kfc (for Zara) & tiny cake for Pak Lang...so cute!


Kak anne & the family.....


Tiup lilin & potong kek time! Tapi time ni Zara menangis... ini lah satu2nya gmbr dia pandang ke depan dgn chicky.... sian chicky!


Hadiah chicky bagi pun dia tak mau... punya la takut... mama tak terkata apa dah...


Pemberian goodies & gift for kids...


Chicky yg sibuk melayan tetamu undangan... thnx chicky!!


Ha! special dari kami berdua.... (awat aku pgg talam??)


Tgh susun kek untuk jemputan....


Time ni Zara masih lagi dlm ketakutan...


Sedap hingga menjilat jari!


Meh mama suapkan ELMO... nnt comot mulut ank mama...


Zara yg tgh ngorat Fida utk dptkan secebis kek....


Aku la yg plg sakan time nih....hihihihi....


Nape la muka papa mcm tu... x semgt pun...


Lokasi majlis.... restoran KFC Sg.Besi...

Sunday, February 21, 2010

Cameron Highlands Day 2 (from Lumix)

Salam,

Kali ni mama nk paparkan koleksi gambar dari kamera Lumix... kualiti gmbr takde la mcm canon tu... tpi ok la kut... sume pakat amik gmbr...



At Bharat Tea, Cameron Valley....



Ibunda terchenta a.k.a NekMa bersama adinda Aida a.k.a Mak Jang Aida....bergayo sakan jer mak... spek besor gaban!



Mama yg posing maut di tepi tebing ladang teh..



Zara yg dibantu papa semasa mendaki bukit.... penat woo... Tapi Zara relax jer...



Hahaha.... don't say anything ok! (***asal mama nmpk tembam?)



Aksi2 ala hindustan by Mama Rani & Baby Rai.... hahaha



Posing maut lagi dari kami berdua.... menten plak makcik ni pakai spek...



Spek rm19.90 by Disney Princess.... lagi mahal dari spek rm10 mama & papa....adeyyy...



Disebabkan Zara jalan lambat sgt, mama terpaksa mendukung zara mendaki bukit.... patah pinggang den...



Time ni mmg kebas da pinggang mama....tapi menten cun beb!



nampak slim pulak mama dalam post nih....mama plg letih kalo zara duduk cenggitu... nk dukung gi mana gaya ntah...



Budak manja nk slalu makan penampor mama...



Pehal la dua beranak ni buat tepi jalan?



Daun teh ni masih belum di petik... thats why nmpk hijau kekuningan.... seriyes! lawa tau!



My beloved mom, dad & younger sister a.k.a MakSu Anis.



Lagi bertenggek di cerun ladang teh..


Wajah serious dari papa & zara.



Sebelum mendaki turun.... Abadikan kenangan di sini dahulu...



Zara yg baru berjinak2 makan aiskrim stroberi di Strawberry Park... sedap wooo.... stroberi di bawah ada over 5 ketul & di atas 3 scoop aiskrim perisa coklat, vanila & strawbery... yummy!



Muka zara yg menahan kesejukan ais krim.... dia ni we ol x train mkn ais krim... tu yg bler mkn muka berkerut seribu tu..



Asal jumpe mainan bunyi2 ni je mesti dia nk naik.... kalo ada 10 'menatang' nih... kesemua tu la dia nk naik...



Zara, Nek Ma & MakSu Anis di Cactus Point...



Mama x tau pun pokok ape nih.... terus posing je...



Habis bunga kekwa dipetik oleh Zara...



Mama dgn bunga2 kekwa....



After transform to Black & White Photo..



Before transform. Lokasi adalah di Time Tunnel/Local Museum...



Menaiki basikal 3 roda zaman dulu2.....



Mama yg sedang meng'iron' guna iron lama & kipas satay...di belakang adalah meja solek lama... pendek kata sume barang2 lama....



Bila tgk tin milo tu teringat zaman masa kecik2 dlu... skrg ni da byk perubahan kan...



Saloma sedang menjahit....jahit apo kain pun takdo... eksen je lebeih..



lai la...lai la... incik mau bili apa? sume ala....



papa kata dapur lama ni papa pernah merasa... mama tak pernah kut...



mama with mini scooter...aku nk try gak..



Zara da ada keta sendiri.... opsss... kantoi plak ada papan sebelah...



Zara yg was2 nak naik keta.... keta ni mesti anak2 raja yg punya....


Sekian.... nnt mama upload lagi gambar yg lebih menarik & jelas...
tq