My 'Chenta Hati'...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 8, 2009

~~Balik Pahang~~

Pada tahun lepas iaitu 28/12/2008, kami sekeluarga pulang ke kampung di Pahang. Tujuan kami ke sana adalah untuk meraikan hari perkahwinan sepupu papa. Ntah apa yang tak kena dengan Zara time tu, sblm pergi mud & kesihatan berada di tahap yg baik. Namun sampai je kat kampung, Zara kelihatan tidak sihat. Mungkin perubahan angin kot. Nak dijadikan cerita, Zara ni kalo blk je kmpg ada je org nk gomol dia. Tapi mama terpaksa tegur yg lain supaya jgn gomol sgt Zara. Bukan kedekut ank, tp Zara tak selesa. Dia akan nangis kalo org gomol dia. Yg susah nnt mama lah.. Kang nk buat apa pun tak boleh. Almaklumlah, kat rumah dia, takde sape nk gomol melainkan mama & papa. Zara juga agak 'perak' (pelik) bila berada dlm suasana 'hingaq' (riuh rendah). Dia akan nangis kalo jerit2 dpn dia...Takut agaknyer...Mama ingat nk tolong la wat itu ini. Tapi apakan daya, Zara asik nk kepit dgn mama je.. Jd manja la time tuh... Tp ok jugak, dpt la mama rehatkan diri.. kih kih kih....Papa la yg teruk kena tolong.. rajin betul papa...Seperti yg telah dirancang, ketika hari kenduri berlangsung, kami semua dikehendaki berpakaian sedondon berwarna coklat. Zara tempah spesel baju kurung. Tapi dah dia tak sihat, mana nk pakai baju jenis mcm tuh.. panas time org tgh ramai. Mama buh kejap je lah... Bila masuk tghri mama tgk dia semakin rimas.. dah mula merengek... Mama pun mandikan dia dan pakaikan baju gown dgn tights barunya itu... so kiut! Ada sape2 berkenan nk beli tights?? kunjungilah http://babyfea.blogspot.com/. Berniaga kecil-kecilan.. untuk tmbh duit poket Zara. Keesokkan harinya, kami pulang ke Putrajaya... wah... sihat terus anak mama.... Mama pun tak paham.. Panas dia dtg mengejut je... Tapi yg peliknya, kepala je panas, yg lain tak panas. Kadang2 panas smpi ngigau... That's why tiap kali tgh mlm mama akan usap kepala Zara. To make sure yg dia sihat. Dan mama juga selalu berdoa semoga ank mama ni sentiasa sihat & dilindungi Allah walau dimana jua dia berada. Love u so much! ummmuaahh...

Ala tomeynyer anak mama duk atas kusi nih...


ini lah wajah kami bertiga di kala kepenatan. Plg penat papa la... jg rewang.