My 'Chenta Hati'...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 27, 2010

Peringatan Dari PDRM


Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba ,
991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

Friday, April 23, 2010

Lawatan ke Beryl's Chocolate Factory

Salam,

Lama betul tak update sejak aktif ber 'FB' nih.. sememangnya daku bukanlah seorag yg suke cerita hal peribadi apatah lagi menulis diari... tapi2 kadang2 tu syok juga menulis aktiviti... tapi takde la excited smpi update setiap masa... so, kalo tetiba ada & takde tu pepaham la yer.... eden kemalsan teramat lah tu...

So, kali ni nk cerita pasal Lawatan ke Kilang Cokelat Beryl's di Seri Kembangan, Selangor. Lawatan ni dianjurkan oleh Kelab Puspanita Jbtn Perangkaan... tarikh da lupa.. tapi rasa2nya bulan Mac ritu... kami pergi ber 5... sungguh havoc sbb nk memborong cokelat....

Sampai kt kilang tu, hidung kami telah dihidangkn dgn bauan semerbak... bau cokelat... da la sampai tghri... mmg berkeroncong perut seiring dgn angin yg membawa bauan koko itu... sungguh tak sabar nk makan...(***mcm tak pernah mkn cokelat!)... kami di bawa melihat tayangan video sejarah cokelat... lepas tu kami di bawa pula melihat proses2 pembuatan cokelat... cemane dia wat cokelat putih, cokelat hitam & cemane cokelat tu diadun dgn pelbagai perisa.... sungguh mengujakan... tapi yg tak best nyer ' NO CAMERA PLEASE'.... aisehmen... mmg terkilan rasa hati... sepanjang laluan tu ada replika cokelat yg meleleh.. mmg best kalo dpt amik gmbr... tpi tu la kan.... terpaksa pandang puas2 je sbg tanda kenangan di kepalaku ini...

lepas melawat, sesi serbu kedai cokelat... peserta rombongan dengan rakusnya (termasuk mama) rembat coklat satu persatu... sepeket demi sepeket... kini tiba masanya nk kira jumlah.. alamak aih.. pecah rekod aku beli cokelat seratus lebih.... mlm ni kita dinner cokelat ajer ok.... so, far mmg best la... best sbb dpt berjalan... kalo ajak papa belum tentu mama sampai sini...




ni mama edit pakai taaz mekap.....



mama da gigit sikit cokelat tu....posing dlu sblm habis....



Shirley yg sungguh baik hati layan aku makan ais krim...



depan kedai cokelat......



beg kecik je... tapi satus lebih....