My 'Chenta Hati'...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 29, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Salam All...

Jeng..jeng..jeng... another contest! Simpan lama da contest ni.. cuma takde masa nk load... so, hari ni nk load la sume gambar utk contest tu... Contest kali ni adalah ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL anjuran Smileykidz Photography. Contest bermula dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm. Hadiah yang ditawarkn cukuppppp... lumayan! Suke sgt hadiah camni...Especially bgi yg tak ckp budget nk amik gmbr ank.. Tak salah kita mencuba nasib kan?... so, kengkawan, jika anda suke 'memosingkan' anak anda, apakata kita sama2 turut serta disamping menambah kenalan baru & mempromosikan SMILEYKIDZ PHOTOGRAPHY ni.... (***boleh le tempah photographer utk 2nd bday Zara next year!)....wink.. wink...Sila klik link/gambar di bawah utk join :



Hadiah yang ditawarkan adalah:
Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

****************** *************************
Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

((((Menarik bukan? So apa tunggu lagi??? Sertai online contest ini sekarang! :)))

Online contest ini di buka dari tarikh: 15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.


Cara2 penyertaan?
1) Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda - SUDAH

2) Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - SUDAH

3) Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda - SUDAH

4) Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. - SUDAH

5) Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. - SUDAH

6) Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
AMARAN: no link back will be disqualified. - SUDAH

7) Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. - SUDAH


***Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

-Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
-Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
-Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
-Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
-Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
-Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
-Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
-SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
-SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
-Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
**********************************************************************************
Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.
Ceria kan senyuman tu?

SO apa tunggu lagi??
Jangan tunggu lama lama .. nanti lama lama.. langsung terlupa buat entri .....

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama Peserta: Puteri Zara Sofea Bt Muhamad Rizal
Umur : 1 Tahun 7 Bulan

Gambar yang menjadi pilihan mama adalah :

Gambar ini telah penjadi penghias dinding tangga mama. Adaptasi dari frame ikea kt umah yg mempamerkan pelbagai riak air muka Zara.

Ini antara gambar yg plg ok... Ada eye contact gitu...tidak Zara ni tak tau apa itu 'lensa kamera'.

Ini gambor Zara yg suke benor merenyih... Tak tau mama & papa dah jadi 'babun' kat belakang.


Ada cerita kenapa Zara sentilkan lidah mcm tu. Act time ni Zara kena HFMD (Hand Foot & Mounth Disease) peringkat awal. Tpi dia masih mampu ketawa. Pada dia 'Hidup Mestilah Happy'...

Gembira bila dpt 'toys' papa... lingkup la henset papa ko tu Zara... dah le burok!


Mengepak2 ayam.... tak tau la mana dia bljr ngepak ayam.. dari Jalil hamid kut..

Ini antara yang plg sweet dlm simpanan mama.... Masa ni, Zara sungguh happy. Dia siap nyanyi2 & goyang2 kaki lagi....lalalala....



Pihak Penganjur & juri berhak untuk memilih mana2 gambar yg berkenan di hati. Sebab mama tak tau nk pilih yg mana kerana kebanyakan gmbar Zara adalah jenis yg SWEET/HAPPY & CERIA....Aitcheh... pasan toi mma dier! :-D

Sekian... terima kasih..

Tuesday, October 27, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Salam semua,

Uiks.. betul lah.. mama gila masuk contest plak hari nih.. ala.. saje cuba nasib.. takat ni tak pernah menang mana2 contest lagi.. tu yg try luck tu.. mana nak tau kut2 ada rezeki kan... Lagipun rasa syok plak bila selongkar gambar2 ank masa kecik2 dlu.. tomei betui.. kih kih kih.... Klik punyer klik terjumpa plak contest ni 'Cutest Baby In Walker Contest' anjuran Orked @ ometomeiorked ni sempena hari ulangtahun ke-2 puterinya yang pertama Nur Aqilah Insyirah pada 23 Oktober..

Tp.......... kita sume masih boleh join lagi sebab contestnye bermula 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009

Jadi, masih belum terlambat utk kengkawan sume menyertainya...3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif. Hadiah menarik dan istimewa menanti anda.... Sila klik link/gambar di bawah utk join contest ini :




Syarat Penyertaan

• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda - SUDAH
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun - SUDAH
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - SUDAH
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker - SUDAH
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk) - SUDAH
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - SUDAH
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - SUDAH

CEPAT..JANGAN Lambat..


Gambar yg dipertandingkan oleh mama adalah :

****************************************************************************





Nama : Puteri Zara Sofea Bt Muhamad Rizal

Umur ketika gambar di ambil : 10 Bulan

Umur sekarang : 1 Tahun 7 Bulan



KEBAIKAN walker :
Berdasarkan kpd pendapat saya sendiri. Nak rujuk internet byk yg buruk...
1) SENANG - senang nk wat keje bg ibu @ bapa.. yup! saya akui, mmg mudah nk wat apa jua keje bila letak baby dlm walker... tp jgn letak harapan 100% yg walker tu akan 'jaga' dia.. mata2 sesekali kena melirik manja...aitcheh!

2) Bina KEYAKINAN - walker dpt bina keyakinan dlm diri baby... kita tak boleh 100% berharap baby kita akan berjln sndri.. ya! betul! tp, baby perlukan juga bantuan. Ada kes kekdg tu, baby tak leh lg jalan sebab dia 'takut'..Berilah bantuan walau dari segi apa pun....sian baby..

3) BERDIRI - latih baby utk berdiri... sekurang2nya dia ada inisiatif utk berdiri & sbgnya. Bila da boleh berdiri sndri, itu menunjukkan 1 kemajuan yg besar.

4) MULTIFUCTIONAL - act, byk yg baby leh bljr dari walker... kat walker tu kan ada mainan... baby takkan bosan, dia leh explore 1 rumah, leh tgk tv smbil duduk (**better than u letak dlm kusi baby & biar dia sensorang.. confirm dia bosan & kebas bontot!)

5) BERJALAN - ini ramai yg tak percaya.. tp ank saya start berjalan ketika dia pegang walker.. bukan dlm walker, tp dia pegang kerusi walker (***dibwah pengawasan saya)... dia tolak perlahan2.. akhirnya dah cekap...




KEBURUKAN walker :
Ini berdasarkan kpd internet & di bidas oleh pendapat sendiri :

1) KEMALANGAN - walker boleh menyebabkan kemalangan spt terjatuh @ tergelincir disebbkan roda yg tidak boleh dikawal.
-dibidas -> kemalangan boleh berlaku sekiranya ibu/bapa cuai @ alpa.. pada sya, semua benda boleh menyebabkan kemalangan... tetapi ibu/bapa sndri yg kena ambil langkah2 keselamatan.. pokok pangkalnya, dah tau lantai bertingkat & tangga tu merbahaya, sape suh pi letak baby kat situ... pikirlah langkah2 keselamtan cemane nk kawal ank dari bahaya. FIKIR! org kata, berfikiran jauh... kalo nk tunggu walker tu selamat, alamtnya seumur hidup ank anda tak merasa duk dlm walker...

2) X MEMBANTU - kajian menunjukkan walker tak membantu baby utk cepat berjalan.
- dibidas--> ye ke tak membantu? kalo tak membantu lgsg, patut walker tu tak perlu di jual.. tak payah pengguna membeli... walker ni tak membantu bagi baby yg 'kurang inisiatif' utk explore... mgkn juga tak membantu sbb ibu/bapa tu sndri tak reti cemane nk guna walker dgn betul.. mgkn pda diaorg, letak ajer & biar baby buat sndri... no.. no.. no.. u kena train dia...walker tu sndri ada peringkat ketinggian yg boleh diselaraskan ikut kaki baby kan... jgn biar kaki dia terjuntai @ terseret.. itu yg mengundang 'kemalasan kaki' tu...sekali lagi buat ibu/bapa.. FIKIR cemane nk bg ank tu 'rajin'....

3) HADKAN PERGERAKAN - walker hadkan pergerakan utk menyusur, merangkak & berdiri....hurm..
-dibidas --> mana ada... sape suh buh baby dlm walker 24 jam? u ol hadkan la masa utk berada dlm walker tu lama mana.... beri la dia masa utk menyusur, merangkak dsbg... kalo ibu/bapa jenis lepas tgn & harapkan walker ajer mmg la pergerakan jd terhad!

4) DUIT - bazir duit..
- dibidas --> sape suh beli yg branded2???.. cukup lah beli ikut keperluan ank2.. asalkan ia berkualiti & memenuhi kehendak ibu/bapa & penggunaan baby itu sendiri..


KESIMPULAN :
Saya pilih kebaikan dari keburukan. Sebab tu saya belikan walker utk ank saya. Kalo saya tak setuju, watpe saya beli kan... (***bukti lam gambar pun ada). Tetapi saya pastikan baby saya di bawah pengawasan saya / sesiapa yg dipercayai utk monitor pergerakan dia.

***Paling penting sekali, ibu/bapa jgn terlepas pandang & menganggap 100% anak anda selamat ketika berada di dlm walker... sesekali tu jenguk la yer...kalo terjadi gak kemalangan tu, serah pada takdir...


******************************************************************************
Ini pula adalah gambar selingan Zara yg suke posing bagai...



Penggunaan 'bunny' (***bantal rabbit) dibelakang Zara adalah sgt perlu memandangkan tulang belakang Zara masih lagi lembut & masih perlu sokongan. Mama pentingkan keselesaan buat Zara. Tak ske lah ank nampak 'terseksa'... ekeke


Leh letak botol air masak kegemaran di belakang..Toys yg banyak membuatkan Zara 'ralit'... Alhamdulillah, Zara bukan jenis 'perosak harta benda'.... keadaan walker Zara masih elok sehingga kini...simpan utk 'adik'... ekekek

******************************************************************************
p/s: Ini pulak adalah gambar sisipan daripada henset cap ayam mama....psl tu kelabu asap jer...


Bila mama alpa sikit.. tgk, dia dah panjangkan tgn utk mencapai apa jua reter dalam rak pinggan tu....pasal tu, pemerhatian itu penting...


Yg ni plak wat muka tak bersalah... habis dia punggang bekas kuih & jug air mama... seb bek sume tu plastik.. kalo kaca? Lu pikirlah sendiri.... heheheh
Sekian, terima kasih.

Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment

Salam All,

Hari ni seperti biasa mama 'mystery shopping' ke blog2 kengkawan... jadi terjumpe plak contest yg dianjurkan oleh Mummy_Ayu nih... Macam best je.. tgk tarikh pun masih lagi sempat untuk menguji nasib. Date line adalah pada 10 Nov 2009. Contest ini di anjurkan oleh Mummy_Ayu bersempena her little princess yg akn celebrate her 1st birthday.

so...come & join this! Jgn lupa klik link/banner di bawah utk terussss..... ke contest!

seperti biasa syarat-syarat penyertaan:-

1. Jadi follower Mummy Ayu & add Mummy Ayu dalam bloglist - SUDAH

2. Tepek banner contest nie kan side bar ... - SUDAH

3. Lagi bagus kalu buat sticky mode entry..senang nak jengah nanti. - stickymode tu camno ek?

4. The most important things....tepek kan gambar waktu baby tu celebrate her/his 1st birthday.. tak kisah la kat mana, macam mana... janji nampak baby tu ngan kek.... - SUDAH

5. Terbuka kepada kanak kanak di bawah 4 tahun (so..maksudnya gambar 4 tahun yang lepas pun diterima...) - LAYAK

6. Masukkan nama penuh kanak kanak, tarikh lahir plus cita la cikit cikit pasal her/his 1st bithday celebration tu... - DIBAWAH

6. Tarikh contest nie...dari la nie (sekarang) until princess nya birthday 10 November 2009 - SUDAH

7. Hadiah biarla rahsia but satu je leh kasi tau bestest friend dah agree nak jadi one of the penaja
so..satu lagi syarat tambahan..kena link ngan blog Notti Netti & of coz link jugak ngan blog Mummy Ayu (tak de link direject) - SUDAH

8. Tinggalkan link entry kenkawan kat komen box nie.. - SUDAH

9. Pemenang akan dipilih oleh para juri Mummy Ayu (no undi undi...) ok! - ADIL GITEW!

Ini adalah gambar utk dipertandingkan....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nama Penuh : Puteri Zara Sofea Bt Muhamad Rizal
D.O.B : 09/03/2009
Memori 1st Zara's Birthday :
Gambar di atas adalah gambar 1st beday Zara. Tema yg dipilih adalah 'Enchanted Tales'. Asal perancangan nk celebrate kat mcd @ kfc... tp papa Zara tak setuju memandangkan Zara time tu baru 1 thn & masih blum reti nk 'enjoy'... kalo ada game pun dia bukan leh turut serta. Berbalik kpd motif asal, we ol nk raikan besday girl. So, memandangkan akan berlaku sedikit pembaziran & ketidakpuasan hati (***papa zara kata zara tak puas hati sbb tak reti nk join 'party' ... ekeke.. mcm le zara pndai ngomels... ekeke) so mama decide celebrate kat umah ajer... jd, jemputan pun jd kurang sbb umh apartment.. nk jemput ramai2 kang ada je yg duk luar.. so, we ol jemput yg terdekat je.. Maybe her 2nd bday we ol akan wat kat luar... baru best sikit..insyaAllah..
Act ada citer lucu masa 1st besday Zara nih... sebelum majlis start, Zara nampak ok & ligat semacam je.. tapi bila majlis dah bermula, dari bacaan doa selamat, nyanyian besday & sehinggalah ke acara potong kek, Zara senyap je... dia tak byk ragam.. nangis tak... senyum tak.. muka dia blurrr & cenggitu jer (****tgk la gambar atas tu)... nk kata marah tak...bila suap kek, dia tak mau.... mama & papa rasa pelik.. yer lah.. kalo ikutkan Zara ni suap ape pun sume nyer di ngap!... tp lain benor kali nih.. pegang dahi, tak demam pun.... dlm tgh kecoh2 tu, tetamu pun makin ramai.... akhirnya papa dpt kesan punca zara jd cenggitu...
Rupa2nya masa tgh nyanyi lagu besday, Zara tgh 'poo poo'..... adeiihhh... cemane mama & papa leh tak prasan & bau... patutlah senyap jer... mgkn dek kerana keterujaan mama & papa celebrate besday Zara kut... smpi terlupa beday girl tgh bikin 'kueh'... mama cepat2 basuh... kecoh la sekejap beday girl 'spoil'kan majlis... seb bek kat umah... kalo kat luar???....tapi sungguh, kenangan ni mama akan ingat sampai bila2... Zara bikin 'kueh' masa tgh nyanyi lagu besday.....ank mama... ank mama....
p/s: gambar atas tu, time ni tak basuh lagi montot dia.. we ols tak tau lagi.. ekekek..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini pula adalah 1st birthday cake Zara. Gambar cinderella yg menepati salah satu enchanted tales...Siap ada nama lagi... Tempah kat secret recipe alamanda... perisa coklat...Actually besday Zara & papa Zara beza 2 hari je.. tp mama satukan sekali.. jimat sikit!. Kek di atas adalah design mama sendri... mama yg create & submit pada manager secret recipe.. bagi gambar by hand & suh print cantik2..biasala kan.. mana2 ibu mesti nk yg terbaik utk ank mereka spt ibu2 diluar sana... asalkn impian tertunai udah le.. itupun dah cukup puas hti...kan.. kan.. kan...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kami di sini mendokan supanya penganjur dpt celebrate besday princess dgn sempurna pada 10 Nov nanti... Gud Luck Ya!

Thursday, October 22, 2009

DEBARAN yang masih belum berakhir...

Salam,

Fuhhh!!!... Debaran masih belum berakhir... Korang ingat tak petikan p/s:... dlm post Majlis Aqiqah.... yg mama tulis kat bawah sekali tu... Mama ada nyatakan yg mama tak nk masuk pidato...mama tak suke... Almaklumlah, seumur hidup tak pernah berpidato... inilah kali pertama mama berpidato di khalayak ramai... Nasib baik dewan tak penuh... Kalau dibuatnya kat dewan auditorium jpn, mau pengsan mama atas pentas.

Mama grad dari kuittho pada thn 2004. Last mama bercakap dikhalayak ramai adalah semasa sesi pembentangan projek akhir 'cd interaktif- Cerita Dongeng Kanak-kanak'... itu lah last mama cakap dpn org ramai.... selepas thn 2004 sehinggalah semalam 21/10/2009 (***weks.... dah hampir 5 thn tak present & ckp dpn org).... mama telah mencipta kembali sejarah tersebut pada hari ini lebih kurang jam 11.00 pagi!... hahahaha....

Ikutilah kronologi yg biasa menggetarkan kepala lutut mama nih :

19/10/2009 (isnin) - mama masih lagi bercuti rehat... tak bukak lagi email.. tp email dari pihak btsa kepada pengarah bpict sudah delivered. Cuma mama tak buka email.. so, mama tak tau & mmg tak wat preparation (***luckily, pn.a'a telah menyediakan bhn & teks mlm isnin sbb dia ingtkn dia yg kena berpidato).. mama masih enjoy dirumah tanpa mengetahui apa2 berita.

20/10/2009 (selasa) - mama masuk opis... kwn opis mama pn.zetty dtg hntr kuih bahulu... dia inform mama secara mulut kata mama tercalon utk pidato. Mama gatkan dia bergurau... tp bila PA pengarah tepon suh g mesorat baru tau citer sbnr. Mama undi dpt peserta ke 10 dari 14 bahagian. Mama dicalonkan oleh bos seksyen mama utk masuk bertanding... (***time ni mulut dari pagi mmg tak habis2 mengadu, mengomel & seangkatannya kerana tidak puas hati)... cemane tak puas hati????... dpt emel hari isnin, selasa baru nk mesorat, Khamis dah kena bertanding... tak ke haru? at least bitau le 2 minggu seblm ke supaya preparation awal boleh dilakukan... tp mama bernasib baik sbb pn.a'a telah pun siapkan teks... mama just baca, hafal & gayakan sahaja... mlm ni just hafal pembuka & mukadimah sahaja....hati mmg da mls.. tp buat gak sbb terpaksa..papa komen kata "mama ni berbakat dlm pidato rupanya. Mama mesti tercalon dlm Top 5. Cayalah cakap papa".... mama just bluekk je kat papa....

21/10/2009 (rabu) - masih lagi ngomelsss..... pepagi buta present dpn pn.a'a.... kengkwn opis sume kata ok... tp mama yg rasa mcm katak yg beriaya nk suh itik melompat mcm dia... so funny!!!... tak pernah pidato weh... ekspresi wajah, gaya penyampaian tu yg penting!... muka kena kasi over.... juih bibir tu sikit.... eeeiii... tak kuasa aku!.. tp mama teruskan juga menghafal di ofis... dpt la hafal 2 page.... malm rabu smbil layan citer hindustan 'RAJKUMAR' mama hafal... bila tgh berpidato dpn tv... ekekek... papa plak ngigau.. dia boleh komen & iyakan apa yg mama ckp... mama yg tgh berkobar2 terus tergelak... apa da papa......

22/10/2009 (khamis) - Hari berlangsungnya pertandingan pidato... makan nasi lemak 2 sudu jer...hati tak senang....mama tawakal jer... .... Mama tunggu giliran dgn sabar... sambil2 tu baca la apa2 doa... lepas sorang2, sorang mama tgk diorg berpidato.. nampak gaya mcm ada harapan. Sebab ini kategori Sokongan... nmpk cam ramai yg tak well prepared. So, mama tak letak harapan tinggi. Tapi utk tercalon sbg top 5 tu ada... tp senyap2 lah... hahaha....Akhirnya tibalah giliran mama utk berpidato.. ku susun2 ayat...namun sesekali terbabas jua... kah kah kah....tgk gambar ni yg member mama capture...


Amender la mama tgh bercakap time nih... nampak sopan je kan?... ekekek....

Dah ternganga da tuh... ntah ape yg mama ngomong tu... daku ngak tahu...



"Bertitik tolak drp penjelasan prinsip2 kecemerlangan...... " agaknya ini lah yg mama katakan.


RESULT :
- Selepas disaring daripada 12 peserta, mama telah tercalon di tempat ke-2 dan seterusnya melayakan mama memasuki peringkat akhir pidato. So, lepas ni (**maybe bulan 11/12 kut) kena la bersaing kami bertiga bagi merebut hadiah tempt pertama... tp tempt ke 3 da kompom dah! ekeke....so, kengkawan.. wish me luck ok!


Di bawah ini pula adalah sumber inspirasiku... sebenarnya nk tunjuk gambar studio.. first time amik gmbr kat studio... hampeh tui nyonya ni... dia tak btau pun kata kain mama tu senget.. dah tak cun...thn depan tukar kedai gmbr... kita wat sedondon baju raya ok...

GAMBAR FAMILY SEBELAH KEDAH

Berdiri blkg : MakJang Aida, MakLong Ina, PakLong Hamzah, PakLang Fifi, Mak Ndak Ika
Duduk : Mama, Zara, Tok Wi, Nek Ma, PAPA SHAYANG & MakSu Anis.



Ngkorang tgk gambar si Zara ni. Muka commmm jer... dia ni baru je lepas nangis kena babap dgn mama... wat perangai..tu mata dia nampak berkaca..

Tuesday, October 20, 2009

MAJLIS AQIQAH, HOUSE WARMING & SAMBUTAN AIDILFITRI 2009

Salam,

Terlebih dahulu mama memohon kemaafan kepada semua kawan mama yg mgkn ada tidak dijemput ke majlis ini. Mama jemput yg mana dekat & rapat aje...Maklumlah, majlis kecil2 lan shaja mengikut budget yg termampu...Jemputan hanyalah 200 org. Itupun termasuk jiran, & sedara mara...Sedara pun dah kat 100 org... Mama minta maaf sekali lagi jika ada pihak / kengkawan yg berkecil hati kerana kami tidak jemput. Mungkin satu hari nnt mama akan panggil juga kalo Zara sudah dewasa (***dah berangan nk bermenantu plak aku nih).. hehehe...insyaAllah



Pengalaman mengendalikan kenduri kecil
1) Rasa penat yg terlampau- patut la mak aku penat masa we ols kawen dlu.. letih gler..

2) Start majlis sampai berakhir majlis, tgn mama ni tak berenti bersilih ganti salam....

3) Baru nk letak bontot rehat, dah ada org cari tuan umah...(***aku le tuh........)

4) Rasanya kalo 50 org tu tak lah sgt penat, tp 200 org ni cam penat sikit.. kalo 3000 org cemane la agaknyer... dah pengsan kut...

5) Syok - dpt kenal ramai org...tgk ank, puji mak... ahaks.. (***pasan weh... harap maaf, sbb masa kenduri ri tu mama pakai baju akad nikah.... terlebey prasan plak... )

6) Risau kalo jemputan tak puas hati dgn makanan- minta maaf byk2 yer kalo ada kekurangan..

7) Puas hati sebab dari A-Z, mama decide sume.....

8) Hujan lebat - tgk cuaca ok jer... tp bila kul 3.00 ptg angin dah bertiup kencang... Alhamdulillah walaupun hujan lebat, tetapi tetamu tetap dtg...

9) Meja buffet - dah order 1 set, tp bleh plak diorg lupa bawak.. seb bek ada 2 meja kat umah.. cover pakai meja tu la.. so tak dpt buh byk mknan sgt... nk lelain makanan 'sila masuk umah'..

10) Paling best sekali mak/abah & fil/mil kedua belah pihak dpt turun padang .... kalo wat kat kedah, lom tentu phg nk dtg, kalo wat kat phg, lom tentu kdh nk dtg... jd wat tengah2 putrajaya... sume leh dtg... yes!!! menjadi gak plan mama... sape pun tak terasa hati kan.. adil & saksama.... :D

11) Menu - nasi beriani, kuzi kambing, ayam msk madu, acar buah, dalca, air sirap, laksa johor, bihun soto, soto ayam, nasi impit, kuah kacang, ketupat palas, rendang ayam, rendang daging, butter cake, agar2 pandan, satay & kuih muih..... (***sikit je.. tak byk.. kalo ikutkan dlm list ada byk menu...tp meja tak muat...)

12) Saluran air tersumbat - mgkn kerana first time wat kenduri & byk guna air utk basuh ayam, daging & sebagainya, sinki ku tersumbat... ditambah plak dgn saluran air mesin basuh yg lalu 1 saluran yg sama... geliii air melimpah kuar... seb bek kontraktor maintenance ada... diaorg simbah asid utk cairkan lemak2 yg menyekat laluan air... setel problem!

13) Checklist - ceklist itu penting! listkan walau sepeket garam... kalo terlupa sape nk g kedai beli plak... 1 keje jd byk keje...

Enjoy the pictures



Sebijik ajer khemah... maybe next time naik 2 bijik khemah ke.. insyaAllah...plan kaler pink & hijau... tp kale pink takde.. jd hijau cream ajer... ok la kan.. ni bukan open house PAS ok..

ini adalah menu utama Majlis Aqiqah...Guna khidmat katering Nona Klasik.... Kambing seekor.. mgkn lagi 2/3 thn akan dtg 2 ekor kambing plak... lgi besar makan... hope baby boy in 2011....

Ini pula menu hari raya... mcm biasa yg korang nampak la tu kan... ini atas ehsan mak ku yg menyediakan semua... mama just beli barang aje...


Goodies bag utk tetamu yg dtg berkunjung... ada 100 pcs sumenye... dlm beg isi bunga telur, bahulu & gula2.... cukup la tuh kan.. skrg ni kalo g kenduri payah benor nk dpt bunga telur...

Ibu ku yg sedang menampi kacang....Dia adalah org yg plg sibuk di dapur.. efisyen & mantap!


Suami yg banyak membantu....

Aik! tggl sarung ketupat je? Mana tukang balut ketupat palas nih?

Mama yg kelas ayam siap2.... nnt tercampur dgn ayam nk wat rendang bagai..

Bahan utk buat sambal kicap soto...

Adikku yg tlg menghiris daging... ini pakar hiris daging dia nih...

Tok Wi & Nek Ma tgh buat sarung ketupat palas.

Lepak2 dahulu sebelum majlis bermula....


Mula mengheret 'Jaja' (bear betina) keluar rumah....

Sama besor dah bear dgn Zara tu... merenung jauh nampak..

Maksu Anis yg 24 jam keje mendukung Zara je.... risao mama...

Mula mengemas.... simpan apa yg patut.. susun apa yg patut...

Ibuku betul2 best! Dia byk menolongku! Thnx ma...

Bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Faizal kalo tak silap...

Melayan karenah Zara yg nk kacaw papanyer tgh berdoa di bawah...

Anak dara mama mengintai ke bawah....

Dahaga... bg Zara minum puas2 dulu... kang dia kacaw orang...

Hobi baru... suke silangkan kaki kalo baring...

Dari kiri my MIL (Nek Wan), Nek Ma, Mai, Hasikin, Zara, Fatihah & Najib.

Aunty Mie yg tgh mengambil makanan... sila.. sila...

Kak Sue yg posing smbil cedok kuah laksa johor....

Kak Sal & the gang makan nasi beriani....

Uncle Mok, Uncle Badix, Aunty Mie with baby Qaseh & Adam (ank Rafik)

Sedara mara belah Desa Pinggiran...

Makan le..sila.. sila.. mama kat belkg tu tgh sibuk terkejar sana-sini..

Makan time!!!!!!!!!!


Erk... nape perut mama nampak buncit???? ketara plak tu...takde pepe2 k.. itu disebabkan tidak mengamalkan pantang yg sepatutnya... buncit sudaaa...

Uncle Badix & Uncle Rafiq with his baby.

Kengkawan yg sudi dtg memeriahkan majlis... Thnx...

Zara with Adelina Khayra (anak Sally)...

Aunty Sally & her hubby, Aunty Intan with her hubby...

Aunty Hanim, Baby Raina & Uncle Ijam.

Kak Wani & the gangs.... hihihi...

Raina with her ayah..

Lepak jap layan tetamu...

Hidangan malam...sape tak dtg rugi...hihihi

Saluran air yang tersumbat.... eeeiii.... geli den..

Cendawan yg tumbuh di waktu hujan... ekekek....

Tempat laluan sampah menjadi tempat simpanan sementara kasut... ala.. bukan guna pun laluan tu... tak busuk pun...

Papa sibuk menggali lubang utk menanam tulang kambing...

Seharian baru dpt bersama anakanda tersayang.... sedondon tak baju kitaorg?... sedondon kan... beli sama2 nih...

Rumah ku yg tak seberapa.... mama bukan reti menghias pun.... mgkn thn dpn nk upgrade sikit.. ekekek.... mama minat sgt konsep moden... akan ku terapkan thn hadapan.. insyaAllah..

Ini la decoupage yg da lama tak buat.... latest buat pokok topiari tu jer....
p/s: actually mama rasa tak de mud hari ni... segala2nya kerana PIDATO... bos dah submit nama mama utk masuk bertanding pidato... tensyen nyer rasa... dah la baru masuk keje.. pepagi buta ada org inform suh g mesorat... gat mesorat apa.. mesorat utk peserta pidato... teks, isi sume tak sedia lagi.. u ol tau bila tarikh bertanding?... hari Khamis 22/10/09 jam 9.00 pagi.. cabut undi dpt no 10 dari 13 peserta... mama tak da pengalaman... jadi jgn harap mama menang... takat presentation tu takde hal... dari kuittho lagi mmg kengkawn suke kalo mama present... penuh body language... ekekek....tp PIDATO ni lain.. engkorang kena berdiri dpn mikrofon... ikat kaki jgn bg gerak (***mama ni ske bergerak2)...memek muka / ekspresi wajah tu kena OVER... (***tak kuase aku!)... pelisss..... im not ready... aku tak suke!!!!!!!!!!!!!!waaaaaaaa.................... :((